
Pada malam Tujuh Likur yang jatuh pada akhir Ramadhan, lampu atau pelita dipasang untuk menerangi kawasan rumah. Sifat kesetiakawanan ditonjolkan melalui zakat fitrah yang wajib dikeluarkan sebelum 1 Syawal tatkala Hari Raya Aidilfitri akan dirayakan bersama.

Para tetamu dihidang dengan pelbagai juadah yang sinonim dengan hari raya ini seperti lemang,ketupat,rendang serta beraneka jenis kuih raya.Kanak-kanak pula pastinya tersenyum lebar kerana inilah masanya untuk mereka mendapat duit raya.Pastinya kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia lebih unik berbanding dengan sambutan Hari Raya di negara-negara lain.
No comments:
Post a Comment