Wednesday, August 25, 2010

Air Terjun Lasir@Terengganu


KETENANGAN dek kehijauan alam semula jadi di Tasik Kenyir memang memukau pandangan. Kebiruan yang memenuhi pemandangan ditambah dengan kicauan pelbagai spesies burung mendamaikan hati yang gundah

Untuk ke Air Terjun Lasir kita harus menaiki bot selama 45 minit, Sewaan 1 bot RM200 bagi bot laju untuk muatan 8 Orang dewasa.Airnya sungguh dingin sejuk menggigil,airnya jernih & banyak ikan.

Bagi yang sukakan cabaran dan ingin mandi-manda dengan air yang dingin sambil ditemani kehijauan alam semula jadi, terdapat 14 air terjun di Tasik Kenyir.Antara air terjun yang pastinya menggamit hati ialah air terjun Lasir, Petuang Rapid, Tembat, Lata Terap, Soak, Petang dan Sungai Buweh yang menjanjikan kedinginan air terjun yang pasti meninggalkan kenangan.

Salah satu daripada 14 air terjun iaitu air terjun Lasir. Ia membuatkan anda teringin datang lagi untuk melihat khazanah alam semula jadi yang tiada ternilai indahnya.

No comments:

Post a Comment