.: MUZIUM :.

Sejarah

Muzium merujuk kepada bangunan tempat menyimpan khazanah sejarah purba atau yang lalu. Muzium penting sebagai tempat kita merujuk sekiranya kita ingin mengatahui tentang sejarah lampau.
Istilah 'Muzium' , bahasa Inggerisnya 'Museum' dan bahasa Yunaninya 'Mouseion' . Istilah ini bermaksud rumah suci 'Muse' iaitu Tuhan atau kumpulan sembilan dewi lambang ilmu dan kesenian. Di Malaysia, muzium disebut sebagai 'sekolah gambar' kerana banyak gambar dipamerkan.
Abad ke-3 sebelum masehi Muzium Iskandariah dibina bagi memaparkan kehebatan kerajaan Firaun , Piramid dan Sphinx di pelabuhan Iskandariah, Mesir merupakan muzium pertama di dunia.
Muzium dikaitkan dengan aktiviti :

Mengenai Muzium Terengganu

Ini adalah kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara, dengan menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.
Ia dibina dengan landskap taman yang indah, dan mengembalikan kegemilangan Terengganu yang kaya dengan sejarah budaya yang kekal sehingga ke hari ini.

Terletak di atas 27 hektar tanah di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini menyerlahkan senibina yang menarik mendapat inspirasi dari istana lama di Terengganu.
Ia menempatkan sebuah muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam.
Muzium utama mempunyai galeri yang mempamerkan tekstil, teknik anyaman, senjata tradisional, perkembangan petroleum, seni Islam dan banyak lagi.

Dibuka :
Isnin - Ahad : 9.00 am - 5.00 pm
Jumaat: Tutup
Ditutup pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji
Bayaran yang dikenakan :

- Percuma (Kanak-kanak 7thn ke bawah)- RM 0.50 (Kanak-kanak 7-15 thn) 
- RM 1 .00 (Kanak-kanak 15thn ke atas) 
- RM 2.00 (Dewasa) 
- RM 5.00 (Pelancong luar)