.: PULAU:.

Terengganu mempunyai bentuk mukabumi yang srategik dan terkenal dengan pulau-pulau dan tasik-tasiknya. Pergabungan keindahan pulau-pulau dan tasik-tasik, menjadikan Terengganu sebuah negeri yang mempunyai pemandangan yang menarik. Antara pulau-pulau yang popular adalah seperti :-
  • Pulau Redang
  • Pulau Perhentian
  • Pulau Kapas
  •  Pulau Tenggol
Kesemua pulau ini mempunyai kawasan selaman yang menarik. 

PULAU PERHENTIAN

Pulau Perhentian mula didiami pada penghujung abad ke 18, dipercayai oleh Batin Mina dan keluarganya. Ia terletak sekitar 10 batu nautikal (19 km) dari pantai dalam negeri Terengganu, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand.
Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.
Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.


 PULAU REDANG
Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.
Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.
Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang atau Kuala Trengganu dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.



PULAU KAPAS
Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas. Warna kapas ini berwarna putih.
Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.

PULAU TENGGOL

Pulau Tenggol tidaklah terkenal seperti pulau-pulau lain di Negeri Terengganu. Kebanyakan pelancong luar lebih mengenali Pulau Perhentian, Pulau Redang mahupun Pulau Kapas di Terengganu, dari Pulau Tenggol. Oleh sebab itulah, Pulau Tenggol masih lebih “dara” dibandingkan dengan pulau-pulau lain. Ia adalah sebuah pulau di pesisir pantai Terengganu. Ianya terdiri dari beberapa buah pulau-pulau kecil yang menjadi syurga penyelam skuba untuk melihat kehidupan marin dengan dekat.  Seperti Pulau Redang, Pulau Tenggol ialah sebuah taman merin (marine park) yang diwartakan.


Selaman skuba (scuba diving) dan snorkeling ialah antara aktiviti utama di sini. Menyaksikan sendiri dengan mata kasar hidupan laut adalah pengalaman yang tidak dapat di lupakan. Antara hidupan laut yang boleh dilihat di sini ialah karang lembut (soft coral), nudibranch, seaweed, batfish, penyu laut, Napoleon Wrash, clownfish (nemo fish) dan jerung paus.

Aktiviti ini mesti dirancang. Kami membuat tempahan dengan boatman terlebih dahulu. Kami menyewa bot laju untuk tujuan “day-trip diving”.  Kami tiba di jeti Kuala Dungun pada awal pagi. Selepas sarapan di restoran dekat jeti, kami memunggahkan peralatan skuba seperti balang angin ke dalam bot fiber tersebut. Perjalanan ke tempat selaman pertama mengambil masa selamat 45 minit.  Kami mengambil masa selama lebih kurang 30-40 minit pada kedalaman 60 kaki. Tempat-tempat selaman yang dilawati ialah Teluk Air Tawar, Rajawali, Tokong Batu, Tokong Timur dan Tanjung Gemuk (lihat peta di bawah).

Peralatan berikut diperlukan untuk aktiviti yang mencabar ini:
  • Mask (topeng)
  • Snorkel (opsyenal)
  • Wet suite (opsyenal)
  • Kaki itik (fin)
  • Regulator untuk penyaluran angin dari baling gas ke mulut
  • BCD (buoyancy compensator device) untuk membolehkan seseorang terapong di permukaan atau di dalam air.
  • Balang angin (air tank)
  • SPG (submersible pressure gauge) untuk menentukan kandungan udara dalam balang dan kedalaman selaman.

Pakaian basah dan alatan snorkel adalah opsyenal. Anda boleh menyelam dengan memakai t-shirt dan track bottom jika anda mahu. Jika anda mampu bawalah kamera underwater sekali untuk merakam kehidupan merin.