Saturday, August 21, 2010

Membeli-Belah@Terengganu

Salah satu pasar yang terkenal di Terengganu ialah Pasar Payang.Ia terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah sebuah destinasi pelancongan yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket dan barangan logam serta sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan yang segar.

Pelawat yang berkunjung ke pasar ini tentu seronok membeli barangan tempatan di sini pada harga yang murah. Pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya di sini sambil memerhati penduduk tempatan sibuk membeli-belah di sini.


Pasar Payang cukup sinoim dengan Negeri Terengganu.Tidak jauh dari pasar payang, kini "Bazar Warisan" di buka untuk menyemarakkan lagi suasana Bandaraya Persisir Pantai yang kaya degan warisan kain batik, sutera mahu pun kraftangan yang berkualiti tinggi dan sememangnya asli.

Bukan setakat untuk membeli belah mahu pun berehat dengan suasana kawasanya yang cukup menarik dan indah yang pasti memikat hati setiap pengunjung....Inilah Terengganu.

No comments:

Post a Comment