Monday, August 2, 2010

Pertandingan Wau@Terengganu

Info Tentang Wau

Permainan wau ini dikenali sebagai layang-layang dan digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Ia juga dimainkan sejak kurun ke 15 dan masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi kepada wau yang berwarna-warni itu.


Sekitar Pertandingan Wau Di Padang Bola Sg.Tarom Setiu.


Semua mendongak ke langit memerhatikan wau masing-masing.


Haa..ini pula salah seorang dari pemain wau dari Kg.Bintang...Generasi muda yang bakal membawa budaya ini ke generasi seterusnya agar tidak berlaku kepupusan...Syabas...orang-orang Setiu, Terengganu...




Cara para juri mengendali pertandingan wau tersebut...

No comments:

Post a Comment