Wednesday, July 21, 2010

Nasi Dagang@Terengganu

Kalau anda ke Terengganu...pastikan anda mencuba nasi dagang.Nasi dagang dengan Kepala Ikan tongkol sememangnya sudah sinonim dengan rakyat Terengganu.

Ada dua makanan yang setiap pelawat yang datang ke Terengganu pasti akan terbayang-bayang di fikiran mereka apabila berada di sini. Pertama nasi dagang dan kedua, keropok lekor. Sememangnya Nasi Dagang bukan sahaja menjadi Menu popular dikalangan rakyat Terengganu, malah juga menjadi kegemaran orang luar.

Nasi Dagang biasanya dimakan untuk sarapan pagi tetapi dek kerana tersohornya menu ini ia menjadi permintaan tidak kira untuk makan tengahari, minum petang dan makan malam.

Malah tidak keterlaluan ada sesetengah orang luar lebih mengenali Terengganu kerana Nasik Dagang dan Ikan Tongkolnya.

No comments:

Post a Comment