Monday, September 20, 2010

Santai@Terengganu : Taman Shahbandar

RAMAI antara kita memiliki impian untuk mempunyai ‘Taman’ di laman rumah sebagai tempat istirehat bagi merehatkan fikiran,apatah lagi selepas seharian sibuk bekerja di pejabat.Di Terengganu terdapat satu tempat yang begitu popular di kalangan penduduknya malah mungkin menjadi "trademark" bagi sebilangan pelancong yang datang melawat Negeri Ini.Ia dikenali sebagai Taman Shahbandar.

Pemandangan arah Laut China Selatan dan Pulau Duyong yang indah serta susunan landskap menjadikan Taman Shahbandar, di timur bandar Kuala Terengganu, Terengganu sebuah taman tumpuan pelancong.Sebelum masuk, anda boleh melihat pintu gerbang yang dibuat daripada besi setinggi kira-kira 10 meter tertera nama Taman Shahbandar.


Laluan pejalan kaki luas memudahkan mengadakan majlis keramaian atau pertunjukan pentas di kawasan itu.Di tengah-tengah padang di taman itu, terdapat sebuah jambatan dan kolam air yang dilengkapi air pancuran serta sebuah menara setinggi kira-kira 15 meter sebagai penanda kepada mereka yang berada di lautan.

Bagi pengunjung yang mahu menikmati keindahan muara Sungai Terengganu, terdapat pagar sepanjang kira-kira 500 meter dibina sepanjang bahagian muara sungai.Ada juga bangku khas yang dilengkapi atap untuk orang ramai menyaksikan acara sukan air.


Pembinaan pondok rehat yang berbentuk kemelayuan berhampiran beberapa pokok besar menjadikan Taman Shahbandar tumpuan orang ramai berehat.Taman itu juga mempunyai tandas yang berkonsep kemelayuan. Tandas awam itu adalah terbaik dan tercantik di Terengganu.Jom..Melancong ke Terengganu..!!!

No comments:

Post a Comment