Wednesday, July 14, 2010

Keunikan@Terengganu

Sesuatu kehidupan berbudaya tinggi tidak semestinya kehidupan yang terbentuk oleh kehidupan kota (urban), sekalipun pemikir mengenai peradaban begitu cenderung menghubungkaitkan tamadun dengan perkembangan bandar atau kota. Kampung atau desa mampu bersendirian menjelmakan nilai peradaban, dan sehubungan ini bukanlah suatu hal yang janggal sekiranya perkampungan diwujudkan di tengah-tengah bandar atau kota.


Sumbangan bersejarah Negeri Terengganu dalam bentuk kekayaan hasil mahsul dan kraf tangan yang memberi keunikan kepada statusnya seharusnya juga dipertahan dan diperkembangkan dalam skim pembangunan ini. Saya merujuk terutama sekali kepada "The Seven Wonders of Terengganu’ yang terdiri dari batik, duku, keropok lekor, songket, sutera, tembaga, dan telur penyu. Begitu juga penghasilan kapal dan perahu pinas yang pernah menjadi kebanggaan negara, tanpa menafikan pengaruh Perancis atau Cina yang terdapat dalam pembinaan dan pengukirannya. Suatu penghasilan yang mampu melengkapkan identiti Terengganu, dan memajukan ekonomi rakyatnya ialah penyediaan makanan dan juadah tradisional dengan cara yang menarik dan penamaannya dengan deskripsi yang menarik, sehingga ia kelihatan dan kedengaran eksotik.

No comments:

Post a Comment