Sunday, June 13, 2010

Makanan@Terengganu - Pulut Nyor Kukur

Masih ada yang tidak mengetahui bahawa di Terengganu ada terdapat satu menu makanan yang sememangnya digemari oleh rakyatnya terutama di pendalaman.Ia di kenali dengan nama Pulut Nyor Kukur.Cara Memasaknya ialah dengan beras pulut yang ditanak sehingga masak.Sesudah itu digaul dengan kelapa yang telah dikukur.Ia biasanya menjadi menu untuk bersarapan.Biasanya menu makanan ini digemari oleh golongan dewasa.




Selain itu juga diantara menu makanan yang berasakan pulut yang terkenal di Terengganu seperti Pulut Panggang,Pulut Durian dan Pulut Manis sememangnya ada keistimewaanya malah mungkin akan lebih sinonim dengan Negeri Terengganu jika lebih dikomersialkan.Pulut Manis yang biasanya menjadi pencuci mulut untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang ke rumah kini juga menjadi salah satu barang hantaran untuk pertunangan dan perkahwinan.Inilah keunikan Terengganu.

No comments:

Post a Comment