
Batu Bersurat ditulis dengan tulisan jawi. Batu ini menerangkan kepentingan mengerjakan perkara yang diminta oleh hukum syarak, undang-undang keluarga, hukuman kepada orang yang melakukan zina dan mereka yang tidak membayar hutang.
Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.
Orang ramai yang ingin melihat dengan lebih dekat lagi dengan batu bersurat ini bolehlah mengunjungi Muzium Negeri Terengganu.Sejarah memang telah membuktikan bahawa Negeri Terengganu bukan sahaja kaya dengan alam semulajadinya malah turut di anugerahkan sumber peninggalan sejarah yang menjadi bukti ketamadunan rantau ini.
No comments:
Post a Comment