Pekan Kuala Berang menjadi tumpuan ratusan, malah ribuan penduduknya terutama pada tiap-tiap hari Sabtu dan hari Rabu. Ia dipanggil ‘Hari Giliran’ oleh penduduk tempatan atau disebut, “Harih Gilirang” dalam bahasa cakap ulunya. ‘Hari Giliran’ berpusat di satu tapak pasar yang telah di sediakan oleh pihak Majlis Daerah di mana urusan jual beli pelbagai jenis barangan dilakukan oleh peniaga tempatan mahupun peniaga dari luar. Sememangnya para peniaga akan mendapat sedikit keuntungan daripada hari biasa.Di tambah dengan bilangan pengunjung yang ramai itu menjadikan Kuala Berang amat meriah pada ‘Hari Giliran’ ini.
Oleh itu ‘Hari Giliran’ bukan sahaja merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh para peniaga, malah merupakan hari yang diminati oleh semua pengunjung lain, tak kira tua dan muda,anak-anak gadis menggunakan kesempatan ini untuk melaram, pemuda berkeliaran di pasar dan kaki lima deretan kedai sambil menyapa rakan taulan yang sama-sama datang untuk urusan berjual beli.


Kini 'Hari Giliran' masih lagi meriah dengan pelbagai ragam manusia dan yang pastinya akan menggamit pengunjung bukan sahaja di sekitar kuala berang malah ada juga dari luar kerana pekan Kuala Berang kini telah melangkah seiring dengan daerah lain di Negeri Terengganu ini.
Tahniah. Amat bermaklumat buat saya http://omargodor.blogspot.com/ . TQ
ReplyDelete