
Pulau Duyung di Kuala Terengganu

Air Terjun Betong , Hulu Terengganu

Perkampungan Nelayan di Besut

Pantai Sura di Dungun

Pantai Penarik di Setiu

Pulau Duyung di Kuala Terengganu

Air Terjun Betong , Hulu Terengganu

Perkampungan Nelayan di Besut

Pantai Sura di Dungun

Pantai Penarik di Setiu


Hari Raya Aidilfiti merupakan perayaan utama masyarakat islam khususnya bangsa Melayu yang diraikan terbesar di Malaysia. Hari Raya Aidilfitri merupakan kemuncak kepada ibadat puasa di bulan Ramadhan. Sepanjang bulan Ramadhan, umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya.
Hari Raya Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan, kunjung-mengunjung sesama mereka untuk mengeratkan ikatan silaturrahim. Rumah terbuka yang dilakukan oleh individu, mempersilakan sesiapa sahaja datang ke rumah tidak kira apa jua bangsa dan agama.
Salah satu pasar yang terkenal di Terengganu ialah Pasar Payang.Ia terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah sebuah destinasi pelancongan yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket dan barangan logam serta sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan yang segar.
Info Tentang Wau Permainan wau ini dikenali sebagai layang-layang dan digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Ia juga dimainkan sejak kurun ke 15 dan masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding.
Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi kepada wau yang berwarna-warni itu.
Sekitar Pertandingan Wau Di Padang Bola Sg.Tarom Setiu.

Semua mendongak ke langit memerhatikan wau masing-masing.
Haa..ini pula salah seorang dari pemain wau dari Kg.Bintang...Generasi muda yang bakal membawa budaya ini ke generasi seterusnya agar tidak berlaku kepupusan...Syabas...orang-orang Setiu, Terengganu...

Cara para juri mengendali pertandingan wau tersebut...
Kalau anda ke Terengganu...pastikan anda mencuba nasi dagang.Nasi dagang dengan Kepala Ikan tongkol sememangnya sudah sinonim dengan rakyat Terengganu.
2009 Destinasiku@Terengganu All Rights Reserved. Blogger Template created by Deluxe Templates
Template Source: Free Blogger Templates.